Thursday, January 27, 2011

CIKGU MALA SI ANAK TANGGANG



Ini adalah salah satu isu dimana seseorang yang telah diberi makan hasil wang kerajaan termasuk gaji, elaun, bonus dan segala kemudahan beliau sebagai guru, tetapi sekarang meletak jawatan kerana nak menentang kerajaan pula. Begitu kah tanda terima kasih Cikgu Mala terhadap kerajaan setelah mendidik dan menjaga beliau sebagai seorang guru..??  Makan duit kerajaan lepas tu nak lawan kerajaan balik pula...??

Cikgu Mala adalah satu contoh "anak tanggang" yang menderhaka terhadap kerajaan. Setelah diberi segala-gala kepadanya oleh kerajaan, sekarang nak menggigit semula tangan yang dahulunya menyuapnya makan.

Seorang cikgu yang tersalah perhitungan demi mengejar wang dan jawatan sehingga lupa terhadap semua itu, setelah bertahun-tahun makan duit gaji kerajaan, elaun kerajaan, bonus kerajaan dan termasuk gaji yang diperolehi semasa beliau cuti beranak hampir 3-4 bulan dengan gaji berbayar, dan berbagai lagi imbuhan yang diberikan kerajaan terhadap Cikgu Mala yang tak berfikiran waras.

Ingatkan "si Tanggang" hanya lagenda purbakala tetapi hakikatnya memang benar wujud di Tenang. Bukti ketamakan wang ringgit dan kuasa menjadi cita-cita utama si Tanggang sehingga terlupa asal-usul.




http://klboyzwangsa.blogspot.com/

0 comments:

Post a Comment