Saturday, January 22, 2011

Normala Contoh Guru Yang Anti Kerajaan


Menurut Haprakdaily :

Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Johor, Normala Sudirman (gambar) diumumkan sebagai calon PAS mewakili Pakatan Rakyat untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang, 30 Januari ini.
Pengumuman itu dibuat Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di majlis pengisytiharan calon di Dataran Wayang Pacak, dekat sini, malam ini.
Normala, 38 merupakan seorang guru lulusan Maktab Tuanku Bainun, Pulau Pinang sebelum meletakkan jawatan pada akhir 2010 kerana mahu menumpukan sepenuh masa kepada tugas parti.
Beliau yang dilahirkan di Kampung Serom 3, Muar Johor ini merupakan anak sulung daripada lima orang adik beradik.
Normala mula bergiat aktif dalam PAS selepas tamat pengajian di maktab pada tahun 1997.
Pada tahun 2000 beliau dilantik sebagai Ketua Dewan Muslimat PAS Labis.
Selain Ketua Muslimat Johor, beliau juga merupakan Exco Pendidikan Dewan Muslimat PAS Pusat.

Berdasarkan ringkasan profil calon PAS di Tenang ini membuktikan bahawa ramai dikalangan guru aktif bergiat di dalam parti berhaluan kiri terutamanya PAS. Jika kita perhatikan profil di atas, Normala mula masuk PAS sejak tahun 1997 kemudian menjadi guru bermula tahun yang sama sehingga 2010. Dalam tempoh selama 13 tahun itu,  apakah agaknya yang sudah Normala lakukan kepada rakan-rakan gurunya, pelajarnya dan masyarakat sekelilingnya.

Dek kerana itulah, Taming Sari tekankan di sini mengapa Anwar dan kuncunya begitu ektrim mahu mengula-gulakan golongan itu dalam janji 100 hari penipunya itu. Guru adalah mereka yang paling dihormati di dalam masyarakat kerana profesion itu melibatkan ilmu. Tidak kiralah guru itu memang lepasan Universiti perguruan atau guru lepasan KPLI yang dulunya sukar mendapatkan perkerjaan. Apabila sudah berjaya menamatkan pengajian, guru-guru ini lupa diri di mana di masa mereka susah, kerajaan lah yang membantu mereka dengan menawarkan pekerjaan namun apabila sudah lama berkerja, dek kerana tidak berpuas hati dengan dasar-dasar yang tidak memihak mereka, mereka khianati kerajaan dengan masuk ke parti berhaluan songsang.

Normala bakal menjadi agen menyebarkan kemanisan elaun RM500 kepada guru jika Pakatan menang di dalam PRU13 dan tidak perlu tunggu PRU 13, Normala yang kini menjadi calon Tenang, bakal menjanjikan apa sahaja yang memenangkan hati guru-guru.

Bagi Taming Sari, kerajaan perlu serius melihat kes ini secara halus kerana guru boleh merubah minda masyarakat dengan mudah dan jika semua guru bersifat pengkhianat seperti Normala ini maka akan rosaklah agenda kerajaan dan nasionalisasi bangsa. Ini kerana Pakatan yang didokong Normala terkenal dengan sebuah parti yang tidak memperjuangkan nasib Melayu dan Islam secara menyeluruh. Di dalamnya penuh dengan idologi sonsang, tiada persefahaman dan sifat curiga mencurigai.

Wallahhualam.

Penulis,

5 comments:

Pemuda TG said...

Kacang lupakan kulit.....ambil apa yg BN bagi, dari maktab sampai kerja. Apa yg dia dapat dari pas pis pus?....abok pun tak da...

zaidi said...

Bukan makan gaji dekat pejabat umno, ada paham ka.

zaidi

Unknown said...

Zaidi, UMNO tu BN dan BN tu Kerajaan, ada faham ka?

Dot said...

memangla bukan gaji makan dekat pejabat umno tapi kalau kerajaan ni diketuai oleh bangsat dap, boleh ke senang cari makan melayu kita? tengok di penang dahla...mauka pas menang tapi dap yg memerintah?

Hati Riang said...

Kerajaan kena check, memang ramai sungguh puak yg lupa kulit kat sekolah2 dan sedang ngajo anak2 kita supaya anti kerajaan. saya ingat masa zaman persekolahan saya dulu pun sudah ada guru2 yg menyelit2 supaya studen benci kerajaan. bebaru ini pun anak saya balik dari sekolah dan beritahu bahawa ustaz nya kata UMNO dan tidak sebaik PAS. ini beerti, dari dahulu sahingga sekarang pun, memang takkan habis pendustaan2 yg dilakukan puak2 PAS terhadap UMNO. mereka awal2 lagi sudah menyuntuk racun dalam darah anak2 kita. Kerajaan mesti kenalpasti org2 semacam ini.

Post a Comment