Thursday, January 27, 2011

KENAPA SIA-SIAKAN PELUANG TERBAIK, CIKGU MALA?

Banjir yang melanda beberapa kawasan di Tenang, membuka satu lagi tembelang dan mendedahkan satu lagi kelemahan. Banjir yang Allah Taala 'kerahkan' ke kawasan pengundian tersebut, bagaikan satu ujian untuk calon-calon yang bakal bertanding pada 30 Januari nanti.

Dan berdasarkan daripada petunjuk, nyata Normala Sudirman begitu ketinggalan jauh dalam perlumbaan siapa yang berani meredah banjir dan siapa yang sanggup bergalang ganti dengan kebajikan para pengundi di kawasan yang dilanda banjir.

Suka atau tidak, Normala Sudirman dalam tempoh berkempen ini menjadi sasaran paparazzi atau tukang kempen UMNO-BN. Buat pertama kali selepas Mac 2008, ini adalah satu-satunya calon wanita dari PAS yang menyungkit banyak perhatian, bermula dengan jawatannya yang disandang, kemudian sehinggalah kepada masalah peribadi yang tidak sepatutnya terdedah.

Setiap gerak-geri Normala Sudirman akan diperhatikan, dirakam dan dicatatkan. Sebarang kesilapan, akan disiarkan dan didedahkan. Berbeza dengan Azahar Ibrahim yang mampu bergerak bebas kerana kebanyakan jentera kempen dan propaganda PAS serta Pakatan juga lebih menumpukan perhatian kepada Normala Sudirman.

Banjir yang berlaku sebelum kedatangan Nik Abdul Aziz, berjaya menyerlahkan orang yang bakal menjadi wakil rakyat di kawasan tersebut. Normala Sudirman gagal menggunakan kesempatan itu untuk membuktikan, sekalipun dia adalah Muslimat PAS dan dikecam oleh Soi Lek dan Tan Lian Hoe, bantuan kepada golongan yang terkesan akibat banjir mampu digalasnya.

Sebaliknya, Normala Sudirman kelihatan terlambat dalam serba-serbi. Dia terlambat sampai. Dia terlambat menyua muka. Dia terlambat dalam perebutan menghulurkan bantuan. Dia juga terlambat untuk mengambil hati para pengundi yang masih berkira-kira siapa yang perlu diundi. Malah dia terlambat untuk membenarkan kempen-kempen PAS dan Pakatan Rakyat yang kelihatan menyebelahinya dua hari kebelakangan ini.

Sedangkan inilah masanya untuk berlakon. Inilah masanya untuk membuktikan, sebagai wanita dia juga mampu memikul beban dan tugas. Bukannya sentiasa menunggu arahan suami yang berlagak bagaikan dewa dari kayangan yang memiliki hamba sahaya yang hanya dibayar dengan beberapa ratus ringgit sebagai mas kahwin.

Kempen untuk esok, pasti akan dipengaruhi oleh kelembaban Normala Sudirman untuk membiasakan dirinya dengan persekitaran. Cerita-cerita tentang egonya dia, cerita-cerita tentang rungutannya kerana terpaksa bersusah payah, sudah mula kedengaran di sana sini. Malah beberapa pemimpin PAS yang turut serta dalam kempen pilihanraya di Tenang, sudah mula menepuk dahi dan berwajah panjang. Ada yang mengeluh panjang dan sudah mula berkira-kira untuk pulang ke markas masing-masing! Malah cerita-cerita itu sudah pun sampai ke Kuala Lumpur menerusi mulut pemimpin PAS, bukannya daripada UMNO-BN!!!

Nyata, kerja mereka selama beberapa hari yang mula menampakkan hasil, terbantut dan hancur dek kerana banjir dan sikap Normala Sudirman. Masa mengundi sudah tidak sampai 72 jam. Tempoh yang amat singkat itu, perlu dipergunakan dengan seoptimum mungkin, sedangkan pada masa yang sama, calon pula buat hal dengan lenggang-lenggok kesayangan suami.....

Kenapalah jadi macam tu?



0 comments:

Post a Comment