Monday, January 24, 2011

PRK TENANG ... DAP BAWA ISU PERKAUMAN DI TENANG ... EHSAN DARI PAS !!!


DAP akan menolong sahabatnya parti PAS dengan membawa isu perkauman di PRK Tenang kelak.

Inilah buah tangan DAP dalam membantu sahabat dunia akhirat PAS, dalam meraih sokongan dan undi 12% atau 1,780 daripada 14,753 pengundi masyarakat India di Tenang ... dengan membawa dan membakar api perkauman.

Seperti dirancang ... bagaikan suatu 'soap opera' ...
Setiap kali berlangsungnya pilihanraya kecil, pasti pihak pembangkang akan menimbulkan sesuatu isu baru, lebih lebih lagi isu berbaur perkauman.

Dan kebodohan Kulasegaran cukup terserlah apabila mempertikaikan niat Sasterawan Negara, Datuk Abdullah Hussain menulis novel tersebut ... setelah 40 tahun lalu diterbitkan.

Modus operandi DAP boleh dihidu dengan cukup jelas. Ugutan akan dilemparkan kepada BN untuk mengharamkan novel tersebut.

Jika tidak berhasil, satu gabungan tenaga antara DAP dan HINDRAF akan dilakukan dengan menyemarakkan api perkauman masyarakat India melalui demonstrasi jalanan ... yang bakal dilakukan.

Bukan mustahil ... Kulasegaran mengakui DAP akan menjadikan isu tersebut sebagai arang kayu untuk membakar sentimen orang India sehingga tiba PRU 13 kelak.

Namun disebalik kecerdikan DAP untuk bermain sentimen perkauman, parti tersebut sebenarnya nyata gagal sama sekali membantu masyarakat India di Malaysia.

Nasib yang menimpa penduduk Kampung Buah Pala, Pulau Pinang sudah mencelikkan mata dan minda kaum India. Betapa hinanya penduduk keturunan India di 'High Chapparal' dihalau keluar oleh DAP untuk projek kondominium oleh SRE Ventures.


Begitu juga dengan nasib keluarga berketurunan India yang juga bekas pekerja Ladang Coalfields, Ijok Selangor. Xavier Alexander berterusan membohongi masyarakat India kononnya mereka sudah mendapat pampasan untuk projek perumahan dan perniagaan.

Dan yang paling mengaibkan ... apabila Azmin Ali menggelar pemimpin India, N Gobalakrishnan sebagai 'pariah'.

DAP serta merta menjadi bacul dan pengecut, langsung tidak berani bersuara menempelak Azmin Ali. Kulasegaran dan pemimpin India DAP telah hilang kejantanan dan kerandut. Sehingga ke hari ini, Azmin Ali tidak pernah melafazkan kata hikmat 'minta maaf' kepada masyarakat India.



Panggilan 'pariah' oleh Azmin Ali adalah bukti yang lebih nyata dan jelas perkauman yang didagangkan oleh parti parti pembangkang.


Malangnya, pemimpin tahap pelacur DAP menikus kerana amat takut dengan Azmin Ali ... The Golden Boy Anwar Ibrahim!

Masyarakat India perlu membuka mata dan minda seluas luasnya. DAP tidak pernah berjasa kepada masyarakat India. Hanya sokongan dan undi masyarakat India yang begitu ditagih sebenarnya.

Ucapkanlah terima kasih kepada parti PAS ... yang berjaya menjadi anjing peliharaan DAP buat selama lamanya! Dan parti PAS turut membisu apabila Saterawan Negara, Datuk Abdullah Hussain diasak oleh sahabat sahabat pembangkang!


PAS sudah menjadi Syaitan Bisu!
GWM : Apa jasa DAP dan PAS pada masyarakat India ...

http://mediawangsamaju.blogspot.com/

0 comments:

Post a Comment