Sunday, January 30, 2011

LIVE PRK TENANG: UNDI ANDA PENENTU KEMENANGAN!!!


Tamat sudah waktu berkempen.  Tiba masanya untuk anda laksanakan kewajiban anda sebagai pengundi.

Pesan GT kepada semua:
  1. Keluar dari rumah awal menuju ke pusat mengundi
  2. Bawa dokumen pengenalan diri anda
  3. Jgn serahkan dokumen pengenalan diri kepada pihak lain
  4. HATI-HATI DENGAN ORANG SAKIT JIWA DI TENANG.  PASTIKAN JARAK ANDA 50 METER DARI DIA
Undilah calon kita, TOK AI:



Saturday, January 29, 2011

Terkini - Jawapan Cikgu Mala tentang MC suami.

UMNO tiada modal? Itulah kata mereka. Menyerang orang yang tiada kaitan dengan pilihanraya. Nampaknya PAS suka menjilat ludah sendiri. Siapa yang berkempen memburukkan Isteri PM, DS Rosmah  sebelum ini walaupun beliau tiada kaitan pun dengan calon mahupun kawasan yang ditandingi?

Kalau tak ingat, cuba lihat ceramah Mat Sabu.

Kesimpulannya PAS boleh buat, UMNO tak boleh buat.... Serupa Yahudi!!!

Ini penjelasan Cikgu Mala kenapa suaminya berhak dapat MC 14 hari....


Calon PAS, Normala Sudirman mendakwa suaminya, Maarof Abdul Mutalib diberikan cuti sakit sehingga tempoh dua minggu berturut-turut disebabkan oleh masalah kemurungan akibat arahan pertukaran dalam tempoh 24 jam ke sebuah sekolah di Johor Bharu sebelum ini. 

Beliau berkata, bagaimanapun jika media berminat menyiasat lebih lanjut mengenai kesahihan sijil cuti sakit kepada suaminya itu, dinasihatkan bertemu terus dengan doktor yang berkenaan.

“Lebih baik media berjumpa dengan doktor yang mengeluarkan cuti sakit tersebut kerana sebagai doktor beliau lebih profesional dan tahu kenapa dan mengapa surat itu dikeluarkan kepada pesakitnya.

“Media kalau nak tahu lebih baik tanya pada doktor itu lebih baik dan ada ketelusan,” katanya kepada pemberita di Dataran Wayang Pacak di sini pada Jumaat.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai tindakan suaminya mendapat cuti sakit selama 21 hari daripada dua pusat kesihatan di Segamat namun pada masa yang sama Maarof sering didapati menemani isterinya sepanjang musim kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang.

Dalam pendedahan yang dibuat oleh sebuah blog http://marahku.blogspot.com/ mendakwa suami calon PAS itu telah mengambil cuti sakit selama dua hari pada 6 dan 7 Januari dari Pusat Perubatan Keluarga di Jalan Segamat-Labis, Johor.

Ia diikuti dengan cuti sakits selama dua minggu bermula 10 hingga 23 Januari yang dikeluarkan oleh Klinik Kesihatan Bandar Putra, Segamat dan tambahan cuti lima hari lagi yang diperoleh daripada pusat kesihatan yang sama.

Dalam salinan surat sakit tersebut, dimaklumkan Maarof yang juga guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Tenang Stesen diberikan cuti sakit selama 2 minggu berturut-turut kerana beliau menghadapi masalah kemurungan yang serius.

Mengulas lanjut mengenai isu berkenaan, Normala yang lebih mesra dengan panggilan Cikgu Mala berkata, suaminya berdepan dengan tekanan yang hebat ketika mendapat tahu mengenai pertukaran yang diputuskan oleh Jabatan Pelajaran Johor sebelum tindakan tersebut ditarik balik dalam tempoh 24 jam selepas itu.
“Ya, hal penukaran itu memberikan kesan di hati suami saya kerana pada hari yang sama juga anak saya dimasukkan ke wad,” katanya.

Ketika ditanya bagaimana dengan keadaan suaminya ketika ini, Cikgu Mala berkata, emosi suaminya sangat stabil dan beliau juga menegaskan dirinya tidak langsung tertekan dengan isu sijil cuti sakit suaminya yang dijadikan bahan kempen dalam pilihan raya kali ini.

“Saya yakin dengan integriti pihak yang mengeluarkan sijil cuti sakit ini. Apa pun tohmahan atau fitnah yang tidak benar akan berbalik kepada orang yang menyebarkan fitnah itu. Insya-Allah, Allah akan memelihara saya daripada sebarang fitnah dan hasad dengki,” katanya.

Jelasnya isu serangan peribadi sudah tidak relevan untuk memancing undi pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang.

“Isu ini telah disensasikan dengan kaitan peristiwa yang tidak berasas. Isu sakit ini perlu tanya kepada doktor,” katanya.
http://rajahmas.blogspot.com/

SURAT TERBUKA NORMALA TERHADAP BLOGGER ???

Berita yang baru Melayu CinDia perolehi bahawa Calon PAS PRK DUN Tenang, Normala kini semakin tertekan dengan pembongkaran blogger2 mengenai penyelewengan dan skandal beliau. Dan pihak Normala dikatakan telah menghantar surat terbuka terhadap seorang blogger terkenal mengenai hal ini. Adakah beliau hendak menyelesaikan masalah isterinya yang semakin agresif tamakkan kuasa politik? KLIK DI SINI untuk mengetahui isi kandungan surat tersebut.
http://gelombang-rakyat.blogspot.com

PAS Merendahkan Peranan Wanita

Berita Harian, 24 Januari 2011. (baca sini)

Ketua Dewan Ulamak PAS Terengganu semasa berucap di Kampung Gong Duek, Besut, Terengganu pada 1 April 1981 antara lain berkata "orang munafik ialah orang yang mengambil orang kafir buat kawan baik……siapa adik kakak ambil orang kafir buat kawan baik”. (Disambut beramai-ramai “UMNO” )….Ha…..UMNO…..Apa hukum orang ni!……. (Pendengar jawab “Munafiq” ) dan disambung “Munafiq”.
Dulu PAS kata UMNO ini kafir dan munafik kerana berkawan dengan MCA dan MIC, namun sekarang bila PAS berkawan dengan DAP apa pula hukumnya? Menafsirkan semula yang dulunya haram menjadi halal hanya menurut selera politik semata-mata.

PAS pernah menghalang calon wanita untuk bertanding dalam PAS mengikut buku yang dikeluarkan oleh Dewan Ulamak PAS Pusat ini. Sekarang ini PAS halalkan pula.

“Kerajaan PAS Kelantan akan mengkaji kemungkinan melarang wanita bekerja. Tidal adil membiarkan wanita kerana lelaki dari segi fitrahnya mempunyai tanggungjawab mencari nafkah bagi menanggung kehidupan keluarga,” kata Nik Aziz pada 16 Mac 1999 di Kota Bharu. PAS pernah merendahkan martabat wanita untuk bekerja.
Pada 20 Julai 1999 Nik Aziz berkata "cadangan kerajaan negeri untuk memberi pekerjaan kepada wanita kurang rupawan kerana wanita rupawan biasanya mempunyai suami kaya. Jika wanita rupawan tidak bekerja ia tidak menimbulkan sebarang masalah kepada mereka". Hari ini PAS telah gunakan wajah yang rupawan untuk memancing undi daripada rakyat. PAS bukanlah parti yang boleh dipercayai oleh rakyat, esok lusa mereka boleh berubah-berubah pendirian setelah dipengaruhi oleh DAP. Usah terpedaya dengan taktik PAS.

http://anginperubahan.blogspot.com/

Friday, January 28, 2011

Suami Normala Kantoi Lagi

Panazzzzzzzzz......

Suasana makin panas lagi.

Sijil cuti sakit diatas adalah milik suami Normala yang dikeluarkan oleh Pusat Perubatan Keluarga (klinik swasta).

Suami Normala diberi cuti sakit pada 6 & 7hb jan, iaitu pada hari khamis dan jumaat. Macam tahu-tahu pula dia nak sakit pada hari khamis dan jumaat, kemudian bersambung pula dengan sabtu dan ahad. Dapatlah cuti empat hari.

Cuti sakit diatas di keluarkan sebelum dia mendapat cuti sakit dari hospital kerajaan.

Apa yang saya nak kongsikan dengan anda ialah tentang klinik yang mengeluarkan sijil cuti sakit diatas.

Daripada risikan yang saya jalankan hari ini, doktor klinik tersebut adalah biras kepada suami Normala.

Adik kepada Normala iaitu Norhana Bt Sudirman adalah isteri ke tiga kepada doktor klinik berkenaan, iaitu Dr Jalil.

Mengikut maklumat yang saya dapat, suami Normala sering ponteng kerja kerana sering membawa isterinya ke sana sini untuk urusan politik. Maklumlah Normala pegang pelbagai jawatan dalam Pas, sudah tentulah dia sibuk dengan urusan politik.

Oleh yang demikian saya merasakan ini bukan kali pertama klinik di atas mengeluarkan mc kepada suami Normala. Pejabat Pendidikan Segamat boleh semak perkara ini. Saya yakin jika semakan dilakukan berpuluh-puluh mc dari klinik yang sama dapat dikorek keluar. Maklumlah biras sendiri doktor. Tak payah pergi klinik pun boleh, duduk rumah saja mc boleh sampai.

Dalam hal ini, saya rasa adalah lebih baik Kementerian Kesihatan juga menjalankan siasatan untuk mengetahui hubungan antara doktor yang bertugas di klinik swasta diatas dengan doktor klinik kerajaan yang mengeluarkan mc kepada suami Normala.

Tidak mustahil doktor tersebut mempunyai kenalan dengan doktor-doktor hospital kerajaan yang boleh 'kawtim' untuk keluarkan mc kepada suami Normala.

Minta maaflah kepada penyokong-penyokong Pas, kami sebenarnya tidak berhajat untuk menggunakan isu ini kalau tidak Pas yang mulakan dulu. Semuanya bermula dari pemimpin Pas.

Salahuddin Ayub@Din Puduraya yang mula serang calon BN. Tiga hari lepas saya dah pesan kepada Din Puduraya, jangan ingat kamu sahaja yang ada peluru, kami pun ada peluru juga. Lihat di sini

Esok akan ada pendedahan yang lebih panas lagi tentang Normala yang akan kami dedahkan.

Jadi sekarang kita semua boleh lihatlah perangai pemimpin Pas yang kononnya lebih baik, lebih islam dan suci daripada segala kekotoran serta kejahatan. Perangai lebih teruk dari jin tanah.

Sebab itu saya kata taraf Pas sama dengan bapa dan ibu ayam. Bapa dan ibu ayam lacurkan perempuan untuk kepentingan mereka. Pas pula lacurkan agama untuk kepentingan politik mereka. Sini

http://ruangbicarafaisal.blogspot.com/

Sah ! MC Milik Suami Normala

Seorang rakan menghubungi Pejabat Pendidikan Daerah Segamat sebentar tadi bagi mendapatkan pengesahan Sijil Cuti Sakit suami calon Pas.

PPD Segamat mengesahkan mc tersebut adalah milik suami Normala yang dikeluarkan oleh Klinik Kesihatan Bandar Putra Segamat.

MC pertama diberi cuti selama 14 hari dari 10hb jan - 23hb jan

MC kedua diberi cuti 5 hari dari 24hb - 28hb jan (jumaat). Sabtu hari cuti, ahad hari mengundi pun hari cuti. Isnin boleh kembali bekerja, p/raya dah habis.


Sementara itu dianogsis yang dicatatkan pada mc ke 2 (garisan hitam) tertulis 'Repussive Mood'. Maksudnya lebih kurang 'mood agresif' atau boleh kita katakan menghadapi masalah psikologi atau dalam bahasa kasar dipanggil 'gila'.

Mengikut seorang doktor yang saya hubungi sebentar tadi, kebiasaannya untuk kes-kes sebegini hanya pakar psikiatri yang boleh mengeluarkan mc terus selama 14 hari. Dalam kes ini ianya tidak berlaku, hanya klinik kesihatan yang mengeluarkan mc tersebut. Kemudian disambung pula 5 hari lagi oleh klinik kesihatan yang sama. MC tersebut juga tidak diketahui ditandatangan oleh siapa, samada oleh doktor sendiri atau oleh pembantu perubatan (MA) kerana ruang nama dan jawatan telah ditutup

Bagaimanapun mengikut doktor yang saya hubungi itu, mc tersebut tidak boleh dipertikaikan kerana ianya sah.

Cuma dalam bab ini ianya seolah-olah telah berlaku pakatan antara suami Normala dan orang yang mengeluarkan mc.

Sekiranya suami Normala benar-benar sakit, maka dia harus berada di rumah dan tidak boleh mengikut isterinya berkempen. Tambahan pula penyakit yang dihadapinya adalah penyakit yang melibatkan otak kerana ianya boleh mengancam orang ramai. Buatnya dia datang 'mood agresif' kemudian tiba-tiba mengamuk dan pukul orang merata, tak ke haru biru jadinya.

Inilah perangai orang Pas, sana sini tuduh orang itu jahat, orang ini rasuah, orang itu menipu, dan sebagainya. Diri sendiri tak sedar. Kopiah putih atas kepala, tetapi mc pun menipu. Kalau nak tolong isteri berkempen, ambillah cuti tanpa gaji.

Tak malu ke, ambil mc, gaji jalan. Duit apa yang kau makan ? duit haram kerana menipu sakit, kemudian sibuk berpolitik, dapat gaji balun, bagi anak bini makan. Duit haram oiiiii.....

Buang sahajalah kopiah atas kepala tu, dasar parti penipu.

Kementerian pendidikan harus mengkaji balik kedudukan sebagai guru. Dia perlu dihantar untuk menjalani rawatan psikiatri untuk mengesahkan tahap mentalnya kerana bimbang ianya boleh mengancam keselamatan murid-murid.

http://ruangbicarafaisal.blogspot.com/

Suami Normala Dapat MC Untuk Bantu Isteri Berkempen


Saya tidak mahu bercakap banyak atau menulis panjang. Cuma nak minta Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan menyiasat Sijil Cuti Sakit di bawah samada ianya benar-benar milik suami kepada calon Pas atau bukan.

Cerita mengenai perkara ini saya petik dari blog My Anger.

Jika benar mc tersebut miliknya bermakna dia telah menipu, berpura-pura sakit kerana hendak bawa isterinya berkempen.

Bagaimana pula doktor boleh memberi mc sehingga 19 hari kepada orang yang berpura-pura sakit. ?



http://ruangbicarafaisal.blogspot.com/